Monday 25 December 2017

TIPS PAKAI TUDUNG UNTUK NAMPAK CANTIK


Keliru  pilih tudung? 5 Tips Pakai Tudung Untuk Nampak Cantik Yang Sesuai Dengan Wajah Anda.

5 TIPS

Ramai yang tidak tahu bahawa tidak semua jenis tudung sesuai untuk jenis muka anda.

Pilihan tudung yang sesuai dengan jenis muka anda menyebabkan anda kelihatan lebih cantik. Sebab itu, kadang-kadang bila seseorang bertukar jenis tudung yang dipakai, tampak lebih muda.
Nampak lebih cantik. Bukan sekadar warna tudung sahaja, tetapi jenis bentuk muka juga menjadi faktor pilihan tudung yang sesuai buat anda.


Anda perlu tahu, jenis wajah muka anda. Dalam dunia ini, terdapat 5 jenis wajah.







1 - Wajah Bujur

Jika wajah anda adalah berwajah bujur, anda boleh memakai apa sahaja jenis tudung. 










2- Wajah Bulat

Jika bentuk muka anda berbentuk bulat. Adalah baiknya jika anda menggunakan cekak lembut. Anda akan nampak cantik jika memakai inner yang menutupi sehingga bawah telinga. Selain itu, ia juga menutupi sebahagian atas sisi pipi.Kemudian gunakan tudung yang dibuat dari bahan yang
lebih tipis. Agar tak nampak besar.







3- Wajah Segitiga / Hati

Jika bentuk wajah anda adalah berwajah hati / segitiga. Wajah hati ini, bentuk wajah lebih kecil. Jarak mata ke dahi cukup dekat. Untuk ini, lebih baik memilik tudung yang model bergo
atau gipsi sebab mengelakkan model layering yang boleh menyebabkan wajah nampak kecil dan tenggelam.





4- Wajah Kotak / Bersegi.
wajah persegi ini, adalah baik untuk tidak memilih tudung jenis gipsi yang lebih menampakkan bentuk rahang pada wajah. Boleh elakkan juga 
warna-warna yang cerah. Pillih tudung kerudung bulat untuk mengelakkan garis wajah. Sebaiknya pilih warna yang lebih halus dan lembut 
seperti warna pastil.




5- Wajah Lonjong / Panjang

Untuk anda yang berwajah panjang, sesuai mengenakan tudung jenis gaya Turki. Menggunakan tudung undersaps , mengurangkan kesan panjang wajah anda. 



Demikian sedikit tips untuk anda yang ingin memilih tudung tetapi tidak pasti tudung mana yang sesuai untuk anda. 

Ohya bagi penggemar tudung labuh yang cantik dan moden boleh cuba tudung  koleksi 
Escarves. Klik di bawah.

Saturday 11 November 2017

Syarat Dalam Pemakaian Tudung

Bismillahirrahmanirrahim



Anda bertudung dan tidak pasti cara pakaian tudung yang sebenar?

Jika dibandingkan dengan trend zaman dahulu, kini wanita di Malaysia selesa dnegna pemkaian tudung. Begitu juga dengan artas-artis kalau dulu jika memakai tudung ia satu perkara yang peik, kini ia satu perkara yang biasa.


Adakah ia hanya sekadar satu trend?  Kalaulah dikatakan ia hanyalah satu trend, biarlah. Biarlah dinamakan apapun agar semua wanita tidak rasa tereban dengan pemakaian tudung itu.

Bagi mereka yang masih konfius tentang cara pemkaian tudung yang sebenar, di sini terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan dalam pemakaian tudung.

SEJARAH PEMAKAIAN TUDUNG DALAM ISLAM

Pernah berlaku satu ketika Nabi berpesan kepada seorang wanita yang telah sampai umur balighnya agar menutup keseluruhan tubuh kecuala muka dan tapak tangan. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud ini jelas menunjukkan arahan kepada wanita yang telah baligh agar  tertutup.

Tertutup di sini maknanya, bukan sekadar tutup luaran. Tertutup juga dalaman bermaksud tidak ketat.

Dalam surah annur ayat ke 31 jika kita baca kita tahu  apa yang  Allah subhanahu wataala minta kepada orang lelaki yang beriman.

"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;.

Ayat tersebut panjang, ini sebahagian maksud daripadanya. Awal ayat itu, Allah subhanahu wataala beritahu supaya orang perempuan perlu juga menjaga pandangan mata dari memandang kepada yang haram. Dalam ayat yang sama, wanita diminta untuk menutup bahagian dada mereka.

Untuk mendapatkan tudung yang labuh tetapi cantik ditambahlagi dengan penggunaan kain yang sejuk dan tidak panas boleh klik sini.

https://www.facebook.com/122513015112184/photos/rpp.122513015112184/122730851757067/?type=3&theater

Kesimpulannya bahawa wanita itu cantik. Setiap bahagian pada wanita itu adalah perhiasan. Ia perlu dijaga rapi.


Sunday 5 November 2017

Sejarah Pensyariatan Tudung

Bismillahirrohmanirrahim


Tudung Escarves


Sebahagian dari Surah an Nur ayat 31 :

 “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala (khumur) mereka.”

Ayat ini perlu ditafsirkan dengan hadith Nabi  sollallahu alaihi wasallam :

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan; “Semoga Allah mengurniakan rahmat/kasih sayang kepada wanita-wanita Muhajirin yang awal. Tatkala turun ayat

“وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ "   

(yang bermaksud: hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung mereka hingga ke dada-dada mereka), mereka memotong kain-kain bulu mereka, lalu mereka bertudung dengannya”.

 (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Aisyah r.a. ia berkata bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk ke tempat Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang tipis, maka Rasulullah saw. berpaling daripadanya seraya bersabda, Hai Asma! Sesungguhnya perempuan itu apabila ia telah dewasa/sampai umur, maka tidak patut menampakkan sesuatu dari dirinya, melainkan ini dan ini. Sambil Rasulullah menunjukkan muka dan kedua telapak tangan hingga pergelangannya sendiri.

(HR. Imam Abu Dawud)
Sebelum itu orang arab pada zaman sebelum Islam biasa menutup kepala mereka dengan sehelai kain tanpa menutup leher-leher mereka. Begitu juga tidak menutup bahagian atas dada mereka dan telinga mereka. Ia terbiar terdedah sahaja.

Jika membaca ayat sahaja tanpa merujuk kepada hadith dan alim ulamak, maka muncullah cara pemakain tudung yang tidak syar'ie. 

Dan syukur kini, sudah ramai yang mula membuat koleksi-koleksi tudung yang syar'ie. Cukup syarat kepada wanita yang suka memakai tudung yang besar. Bukan sahaja tudung besar, malah design yang cantik dengan warna yang menarik membantu mereka dalam pemilihan tudung.

Untuk anda yang inginkan tudung labuh yang cantik bolek klik link di bawah ini.