Monday 25 December 2017

TIPS PAKAI TUDUNG UNTUK NAMPAK CANTIK


Keliru  pilih tudung? 5 Tips Pakai Tudung Untuk Nampak Cantik Yang Sesuai Dengan Wajah Anda.

5 TIPS

Ramai yang tidak tahu bahawa tidak semua jenis tudung sesuai untuk jenis muka anda.

Pilihan tudung yang sesuai dengan jenis muka anda menyebabkan anda kelihatan lebih cantik. Sebab itu, kadang-kadang bila seseorang bertukar jenis tudung yang dipakai, tampak lebih muda.
Nampak lebih cantik. Bukan sekadar warna tudung sahaja, tetapi jenis bentuk muka juga menjadi faktor pilihan tudung yang sesuai buat anda.


Anda perlu tahu, jenis wajah muka anda. Dalam dunia ini, terdapat 5 jenis wajah.







1 - Wajah Bujur

Jika wajah anda adalah berwajah bujur, anda boleh memakai apa sahaja jenis tudung. 










2- Wajah Bulat

Jika bentuk muka anda berbentuk bulat. Adalah baiknya jika anda menggunakan cekak lembut. Anda akan nampak cantik jika memakai inner yang menutupi sehingga bawah telinga. Selain itu, ia juga menutupi sebahagian atas sisi pipi.Kemudian gunakan tudung yang dibuat dari bahan yang
lebih tipis. Agar tak nampak besar.







3- Wajah Segitiga / Hati

Jika bentuk wajah anda adalah berwajah hati / segitiga. Wajah hati ini, bentuk wajah lebih kecil. Jarak mata ke dahi cukup dekat. Untuk ini, lebih baik memilik tudung yang model bergo
atau gipsi sebab mengelakkan model layering yang boleh menyebabkan wajah nampak kecil dan tenggelam.





4- Wajah Kotak / Bersegi.
wajah persegi ini, adalah baik untuk tidak memilih tudung jenis gipsi yang lebih menampakkan bentuk rahang pada wajah. Boleh elakkan juga 
warna-warna yang cerah. Pillih tudung kerudung bulat untuk mengelakkan garis wajah. Sebaiknya pilih warna yang lebih halus dan lembut 
seperti warna pastil.




5- Wajah Lonjong / Panjang

Untuk anda yang berwajah panjang, sesuai mengenakan tudung jenis gaya Turki. Menggunakan tudung undersaps , mengurangkan kesan panjang wajah anda. 



Demikian sedikit tips untuk anda yang ingin memilih tudung tetapi tidak pasti tudung mana yang sesuai untuk anda. 

Ohya bagi penggemar tudung labuh yang cantik dan moden boleh cuba tudung  koleksi 
Escarves. Klik di bawah.

No comments:

Post a Comment