Sunday 5 November 2017

Sejarah Pensyariatan Tudung

Bismillahirrohmanirrahim


Tudung Escarves


Sebahagian dari Surah an Nur ayat 31 :

 “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala (khumur) mereka.”

Ayat ini perlu ditafsirkan dengan hadith Nabi  sollallahu alaihi wasallam :

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan; “Semoga Allah mengurniakan rahmat/kasih sayang kepada wanita-wanita Muhajirin yang awal. Tatkala turun ayat

“وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ "   

(yang bermaksud: hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung mereka hingga ke dada-dada mereka), mereka memotong kain-kain bulu mereka, lalu mereka bertudung dengannya”.

 (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Aisyah r.a. ia berkata bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk ke tempat Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang tipis, maka Rasulullah saw. berpaling daripadanya seraya bersabda, Hai Asma! Sesungguhnya perempuan itu apabila ia telah dewasa/sampai umur, maka tidak patut menampakkan sesuatu dari dirinya, melainkan ini dan ini. Sambil Rasulullah menunjukkan muka dan kedua telapak tangan hingga pergelangannya sendiri.

(HR. Imam Abu Dawud)
Sebelum itu orang arab pada zaman sebelum Islam biasa menutup kepala mereka dengan sehelai kain tanpa menutup leher-leher mereka. Begitu juga tidak menutup bahagian atas dada mereka dan telinga mereka. Ia terbiar terdedah sahaja.

Jika membaca ayat sahaja tanpa merujuk kepada hadith dan alim ulamak, maka muncullah cara pemakain tudung yang tidak syar'ie. 

Dan syukur kini, sudah ramai yang mula membuat koleksi-koleksi tudung yang syar'ie. Cukup syarat kepada wanita yang suka memakai tudung yang besar. Bukan sahaja tudung besar, malah design yang cantik dengan warna yang menarik membantu mereka dalam pemilihan tudung.

Untuk anda yang inginkan tudung labuh yang cantik bolek klik link di bawah ini.


No comments:

Post a Comment